Get Your Own Scroller

Thursday, April 28, 2011

EX5 & nikmat

[55:13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?


Nk pa dik?

Err..Moto saya. EX5 Boon Siew Honda.

Huh?

No plat?

PCM 2740

Sat nk check.

Lain kali amik awai2. Kalu x kami caj. 6 rgt. Nak ke?

Eh, jgn cmtu. Saya baru ja sampai sini.

Yela. Moto dh lama sampai. Kitorang call 12minit. X jwb2.

Saya ad kelas kot time tu. Maaf.

Bg ic. Tlg sign tang ni. Moto amik kat blakang. Keluar kot pintu blkang k?

Ok. Mekasih bang!

Hidup ni sat ja. Nikmat Allah bagi ni sebenaqnya lebih dari apa yg kita harap. Nk tau dak bila kita stat mula menghargai nikmat?

Waktu kita hilang nikmat tu!!!

Moto minyak nmpak mcm penuh. Jarum meter minyak patah masa pebbaik ekzos dulu.

Ikhwan ahmadi press gak minyak.

Hidup ni mcm pelita minyak tanah. Habeh ja minyak, terpadam la kita.

Moto EX5 Boo siew Honda keluaran 1997 tu tiba2 tersangkut2. Minyak x naik. SAH!!! MINYAK HABEH!!

Ikhwan Ahmadi masuk gear lbh rendah. X jadi. Dia tawakkal. Stesen minyak lg 1km. tp EX5 kepunyaan tokwannya yg diwarisi dari generasi turun temurun tu tetap gah membelah arus metropolitan.

Elok2 ja 150m lg, tnda CALTEX muncul. Time tu la jgk motonya tersadai dah tepi jalan.

Baru terasa nikmat pentingnya ada minyak petrol. Bila habeh, baghu kalut nk cari.

5rgt!!

Kuning ka hijau??

Kuning.

Ikhwan ahmadi termenung masa dok isi minyak ke dalam tangki.

NIKMAT APA LAGI YANG TELAH AKU DUSTAKAN????

Saturday, April 16, 2011

Penyokong Baju Biru

4.25pm,asaq, kt sbuah masjid berdekatan gerai nasik pakej.

“Sof!!! SOF!!"

“Eh,cepatlaaa…!! SOFFF!!!!” tempik si ‘General’ penyokong baju biru.

Anak2 buah general yg komited & dedikasi sudah siap sedia dalam barisan yang lurus lagi kukuh.

Mereka x dok diam. Malah mereka aktif membuat bunyi-bunyian yg bakal menggerunkan siapa saja musuh yang akan muncul di hadapan mereka. Diorang x takut. Malah x gentar.(aik? Cam kenai ja ayat??)

Ad yang menunjukkan2 penumbuk dan buku limanya yang masih kecil dan halus kat rakan sebelah. Si rakan sebelah x nak mengalah. BUSHHH!!! WOOOSH!!! YEARRGHH!!! Gaya satria baja hitam bertukar dan segala kuasa terkeluar dari mulutnya. Siap ngan efek bunyi lagi.

Terjejas jgk khusyuk sunat qobliah asaq Ikhwan Ahmadi dek ‘aura’ penyokong baju biru tuh.

X krg jugak, ada yang x berapa power sgt, badan kecik, tp agk sopan santun gayanya, menunjukkan ‘senjata’ gula2 lolipop 50sen,2 3 batang dan beberapa ‘bom’ keropok Cikedis yg dibeli di Mak Cik Timah Corner(bukan nama sebenar) masa rehat td untuk membuat transaksi jual beli bersama rakan-rakan seperjuangan.

Selebihnya anak2 buah ‘General’ yg agak malas terduduk melengung di dalam saf. Menguap. Letih. Bersedia menunggu arahan.

Tiba2….

DIAMMM!!!!!!! SENYAPP!!

Satu jerkahan suara garau imam mengejutkan penyokong2 baju biru td termasukla si general.

SEDIA UNTUK SOLAT!!!!!! BKN NAK MAIN2!!!! Getus suara tu lg. TEGAS.

Semua bangun, termasukla Ikhwan Ahmadi dan pokcik2 makmum yg nk solat asaq pd petang tu.

Penyokong baju biru a.k.a budak2 kecik sekolah agama sesi ptg td diam. Sedia nk solat ala2 khusyuk. Sambil2 tercuit2 sana sini tp suasana lbh tenang kali ini.

Imam pon segera bertakbirratulihram seusai iqamat.

“ALLAHUAKBAR!!!”

-TAMMAT-

Friday, April 8, 2011

Seribu persoklan sejenak di atas moto


Jumaat,10.17pm,atas moto EX5 Honda 97


“Kenapa kita jadi mcm nih??”

“Kenapa kita hanya mencari Allah di saat kita nk EXAM aje, ha??”

“Kenapa kita igt ALLAH waktu kita susah ja? Waktu senang dak pulak??”

“Adakah ALLAH pd kita…. hanya ketika pd saat kita memerlukan soklan2 spot yg nak naik time kita nk jawab peksa??”

“Atau..apakah ALLAH hanya wujud dalam diri kita pada waktu2 tertentu ja, bermusim2 mcm musim world cup, musim hujan,musim durian..???”

“Kita ni sebenarnya Muslim ka dak?? x cukup sekadaq tu, kita ni sebenqnya org2 beriman ke dak??? berIMAN dengan IMAN apa kita kalu lagu nih?? IMAN Rice COOKER???

“Kenapa rice cooker??? Yela, mula2panas,mendidih, berasap dan berwap2 bila nk tunggu nasik nk masak, pehtu, bila dh masak ja nasik…TAP!!! Rice cooker tu berbunyi. Lampu merah pd suis utama mnunjukkan awainya COOKING kini sudah padam.

NASIK DAH MASAK!! menjerit riang kita sbb dah dpt mkn nasik. Trus OFF. Kita truih makan.(baca doa gak la). Sambil RICE COOKER td dibiarkan sejuk dan berkerak dan direnam dalam sinki. Itulah nasib sang rice cooker. habis guna disinki terbuang(mcm habis madu sepah dibuang)

Ikhwan Ahmadi berfikir panjang tentang persoklan2 tersebut. Pehtu beliau teringat sepotong ayat Quran. begini bunyinya:

A022
Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur". (Yunus 10:22)

A023
Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan. (Yunus 10:23)

Monday, April 4, 2011

Pada suatu hari, disebuah masjid..

A019
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (Qaaf 50:19) |


Februari 2011,Isyak.

“Assalamualaikum warahmatullah~ Allahumma inna nas aluka ridha ka wal jannah,

Assalamualaikum warahmtullah~ Wa na’uzubika sakkhatikawannar….”

Imam memberi salam tanda usainya solat.

Bergerak laju pakcik2 mengundur ke belakang. Krem kaki. Jemaah ramai sgt. Saff pulak begitu rapat dan mantap. Tegang abeh muscle2 pak dollah(bkn nama sebenar), pak kassim(juga bukan sebenar),pak mat dan pak2 yg len. Mau gak berpeloh2 diorang bergelut dgn makmum2 len. Sep bek la ada airkon sket. Jawatankuasa masjid baghu ja boh airkon satu masjid. Peghhh… nyaman dan segaq je rase. Mudah2an bertambah sket khusyuk. Jemaah pon makin ramai. Dulu satu soff. La ni buleh gagah dua soff. Tambah ngan adik2 & budak2 kecik yg mai dan ‘solat’ cara diorang. Kih3.. mcm2 perangai. Mau pening kepala tok bilal. Takpa la. At least mak pak depa ajaq anak mai masjd. Bkan p merempit, buat benda2 x masuk akai. Betoi dak. Haa.. la ni la masa nk didik. Tarbiah anak. Tunjuk contoh yg baik. Mmg la payah nk kawal awai2, lama2 mak bapak, tok bilal,pak imam gak dapat pahala. MLM kn?? Multilevel-Membuat –Pahala..^^

Ikhwan Ahmadi bersila kemas. Sebelahnya ada budak berbaju melayu hijau yang baru selesai solat dan beristighfar. Sambil memejamkan matanya,beliau trus berzikir mengikut imam.Khusyuk.

Tiba2 pak imam membuat pengumuman untuk buat solat hajat 2 rakaat. Atas permintaan seorg budak lelaki dari qariah masjid yang telah kehilangan bapanya, yg kembali ke rahmatullah.

“Beliau dtg berjumpa saya td sambil mengadu yang ayahnya baghu saja meninggal dunia kerna masalah kesihatan. Oleh itu, marilah kita sama2 doakan agar Allah beri kekuatan kpd adik kita nih, semoga Allah beri ketabahan dan kesabaran pd beliau agar dpt teruskan kehidupan kerna beliau baru saja kehilangan tempat untuk bergantung. Kalu kita yang berada di tempat beliau, x tahulah. Tp insyallah, mudah-mudahan dgn usaha kita ni, Allah cekalkan hati beliau dan Allah tempatkan ayah beliau bersama org2 yg soleh. Wallahu’alam…Assolatul jamiah…”

Jamaah pokcik2 td bingkas bangun. Ikhwan Ahmadi pun turut serta. Dikala beliau mula bertakbiratulihram, Ikhwan Ahmadi dpt rasakan ‘tenaga’yg luar biasa dari pemuda baju hijau yg duduk sebelah beliau td. Beliau bertambah heran dan pelik tatkala di saat waktu ruku’ yg pertama, Ikhwan Ahmadi terlihat beberapa butir air menitik di atas karpet dari pemuda sebelahnya itu. Ternyata budak tu sedang menitiskan AIR MATAnya yang jernih lg suci.

MUNGKINKAH?????