Get Your Own Scroller

Saturday, November 13, 2010

BerTERIMA KASIH pd ALLAH

Ikhwan Ahmadi melangkah lemah masuk ke biliknya. Seharian berada kuliah memang memenatkan. Seusai solat Isya', cepat2 dia hempaskan dirinya di atas katil. Sambil berusaha untuk memejamkan matanya, sesekali Ikhwan Ahmadi menjeling ke arah segulung kertas putih di atas meja. Perlahan2 beliau mencapainya lalu dibaca untuk kali yang ke berapa, beliau sendiri pon x ingat.

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar nukilan dan peringatan untuk diriku yang hina... dan juga sahabat2

Merasakan diri sudah cukup beribadah adalah satu petanda yang kurang baik bagi hati .Kadang-kadang, perasaan tersebut semakin parah apabila merasakan diri sudah cukup hebat dan mantap dlm melakukan ibadah seharian.

Jika diri ini terasa bangga dengan khusyuk dan banyaknya solat2 yang dilakukan, ribuan zikir2 yang berjaya diselesaikan, puasa2 sunat yang x pernah ditinggalkan, sedekah2 yang sering kali dihulurkan, namun begitu, cuba kita renung dan fikir2kan;

Siapa sebenarnya yang mengizinkan kita melakukan ibadah2 ini?

Ketahuilah rakan-rakanku, bahawasanya Allah S.W.T lah yang selayaknya kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana DIA lah yang telah menganugerahkan kita kesempatan dan kekuatan untuk melakukan amalan2 dan ibadah2 tersebut. Masakan kita mampu melakukan semua ini tanpa hidayah dan kurniaan daripadaNya untuk menggerakkan hati dan anggota badan kita dalam usaha untuk mencari keredhaanNya. Alhamdulillah.

Bukan bangga dengan amalan2 persoalannya... tapi timbulkanlah persoaalan dalam hati kita...
Apakah kita sudah benar2 bersyukurkah pada Allah???
Sudah cukupkah amalan2 kita pdNYA?
Kalau betul2 cukup, dijaminkah ibadah2 kita tu diterima???

"Sapa sebenaqnya yang bagi kat aku kertas ni ha????? Konpius aku," getus hati kecik Ikhwan Ahmadi. Mesejnya amat tepat & mendalam. "Hmmm...". Selang dua tiga saat, Ikhwan Ahmadi terus terlena...^^,

2 comments: