Get Your Own Scroller

Wednesday, May 5, 2010

adeh..adeh..



Assalamualaikum.. uiks???Adeh..adeh...awat nih?? he3...haa..minggu ni mcm minggu merawat hati plak..mmglah sepatutnya kena la always...wowowo..p masjid pak imam tazkirah pasai hati, p bilik pasai hati, bukak TV ustaz ckp masalh hati, penawar hati, bukak laptop pasang lagu tombo hati...wahhh....Allahuakbar...astaghfirullah.. maka aku boh hadis yg mmg feymes kt sebelah sebagai peringatan pd telinga yg paling hampir, hati yg paling hampir..HATI AKU!! tidak ada yg aku rasa penyakit yg lebih berbahaya dr penyakit hati . PASAI PA?? sakit hati kita x nmpk mslhnya. silap hr bulan allah masukkan kita dlm golongan yg diberikan hati x mampu nk melihat dengan mata hati yg sebenar.. uiissshhh...sakit gak rr.. orait??? JOM HEART-WASH!!

mksud hadis:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan
sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.