Get Your Own Scroller

Wednesday, December 29, 2010

Beliau & Stiker Baju Senget

"Bro, pinjam streka..bleyh?" pinta satu suara dari belakang Ikhwan Ahmadi.
Jari jemarinya masih rancak menekan papan kekunci, menaip repot yang sudah seminggu x disiapkan.
"Emm..ambik la. Bawah katil tu." spontan Ikhwan Ahmadi menjawab.
"Smart x bro??" soal Malik.
Mata Ikhwan Ahmadi melirik sedikit melihat benda ape la yang menarik sgt kat tangan Malik tu.
"Sticker baju AFF Suzuki CUP 2010 ?? siap ngan bendera Malaysia lagi? Hebat!"
Malik x menjawab. Beliau trus menyerika sticker baju tu dgn teliti. Khusyuk.
"Buat sendiri ?"
"Ha'ah. Beli kertas jenis sticker baju pehtu design sendiri then lekat la kat baju."terang Malik. Ringkas.
"Thanks bro.." Malik trus keluaq dari bilik Ikhwan Ahmadi.
aii..kelam kabut je nmpk. bisik hati Ikhwan Ahmadi
"eh, bro, nmpak senget x?" tiba2 Malik muncul semula.
Ya Allah budak ni.
"cepat rr bro.. nmpk ok x??"semangat Malik nk dengaq respond.
mmg nmpk mcm senget sket ke kanan. tapi kalu tengok skali lalu mmg x nmpk pa pon.
"OK jah..." komen Ikhwan Ahmadi.
"serius rr bro...x main2 nih..ok ke x??"
laaa..dia ni la...ih2!..
"Okkk...skali tengok nmpak orait dah.." Ikhwan Ahmadi cuba menyakinkan Malik.
"betul nih?? ok??"
Astaghfirullah...
"mmg la nmpk senget sket. skali tengok mcm x dak pa pon. tp kalu tengok betoi2 nmpkla kesengetan tu..."
Kali ni Ikhwan Ahmadi x berdalih lagi. tp bimbang jugak kalau2 member sebiliknya tu kecik hati.
"senget sket laa..kalu ubah tengah sket lg smart.."tambahnya lagi.
Malik terdiam. lalu menundukkan kepalanya.
"Emm.." selamba ja beliau menjawab sambil tersenyum.
?????
*************************Habeh******************************************
*Moral of d story???? QUL HAQ WALAU KANA MURRON!!!
*utk pengetahuan sumer skuad bola Malaysia julung2 kali mng buat kali pertama piala AFF Suzuki 2010. menewaskan indon dgn agregate 4-2. SO??

Sunday, December 19, 2010

Nikmat Proses Sellular


Assalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda. Tabiin,tabi'tabiin, para guru dan muallim seterusnya kepada ibu bapa yang tercinta

alhamdulillah. di saat nukilan ini ditulih ,aku dapat rasakan, betapa byknya nikmat yang Allah telah bagi kat kita. Cuma kita ja yang kadang2 ghalit(lupa) dengan anugerah2 yang Allah bagi. Allah ni tak jemu2 bagi kita nikmat sihat, nikmat makan, nikmat melihat, merasa,mendegaq,berjalan,berlari, dll nikmat. yang tu yg kita nampak. yang x nmpk? contohnya?

pagi td habih kelas biochem, betapa aku rasa badan aku ni sebenaqnya juga adalah satu nikmat. bukan nikmat yang besa. tapi nikmat yang sungguh LUAR BIASA!. bayangkan jika sekirannya kita rasa diri kita ni mcm x dak pa ja,rilex,cool,..tapi realitinya dalam badan kita tu, sel2, bakteria, hormone, sintesis amino acid sedang rancak bertungkus lumus bekerja melakukan peranannya. bukan setakat melaksanakn biasa2 tapi...melakukan sesuatu itu dengan penuh perincian,sesistematik mungkin, seteliti yang buleh untuk memastikan badan kita nih berfungsi dgn baik. HEBAt! Subhanallah! rupanya sel2 dlm bdn kita ni sgt hebat..Ya..mmg betoi mereka (sel2) tu hebat. tapi hakikatnya, siapa yg menggerakkan dan mengilhamkan semua itu.. tak lain x bukan..DIA!!!

Benarlah kata Allah, kita ni x kan dapat hitung apa jua segala nikmat anugerah yang Allah telah bagi pada kita. bahkan x ramai yang bleh igt nikmat tapi x tau cmna nk terjemahkannya. aku salah seorang laa..Astaghfirullah.. tapi aku yakin!!!

theres no other way except to be grateful to Allah subhanahuwata'ala.
"La in syakartum laazidannakum.."
adakah kita dah menjadi insan yang cukup2 bersyukur hari ni ???hmmm.... sampai la ni aku masih dok pikiaq lagi

Tuesday, November 23, 2010

Subhanallah!! Mantap!


“Ya Allah!!! Hujan punyo lebat!!” Ikhwan Ahmadi berteriak. Yang lain buat tak tahu je.

Deruman hujan yg mencecah ke bumbung asrama sekaligus mengejutkan lamunannya di atas katil. Dia terus menjengah ke luar tingkap untuk melihat keadaan di luar. Didongaknya ke langit. Gelap. Macam dah malam. Padahal baru pukul 6.15pm.


Pandangan Ikhwan Ahmadi beralih apabila beliau terlihat kelibat seorang brader ni yang terkinja-kinja berlari dari terkena hujan mencari tempat berteduh. Agak besaq dan semangat tubuhnya. Mau gak tercungap-cungap Ikhwan Ahmadi lihat.

Sambil berlalu di sebelah ampaian, menempiaskan air-air hujan yg terkena pada badannya, brader ni mengangkat beberapa helai baju yg jatuh berselerak di atas lantai. Disangkutnya semula dengan cermat baju-baju tersebut.


Ikhwan Ahmadi kagum.


“Wow, mantap gila brader ni! Bukan baju dia pon tapi sudi gak beliau mengangkatnya. Hmm.. baguih2!”
bisik hati kecilnya.

Ikhwan Ahmadi pon terus kembali ke biliknya. Disambarnya laju nota-nota kuliah yang tebalnya macam kamus dewan edisi ke-12 dan terus dibelek satu persatu.

Tiba-tiba hatinya yang kecil itu berbisik lagi.


EH?? Baju aku basuh pagi tadi dah angkat ka belom ha????”.(^_~!!...

Saturday, November 13, 2010

BerTERIMA KASIH pd ALLAH

Ikhwan Ahmadi melangkah lemah masuk ke biliknya. Seharian berada kuliah memang memenatkan. Seusai solat Isya', cepat2 dia hempaskan dirinya di atas katil. Sambil berusaha untuk memejamkan matanya, sesekali Ikhwan Ahmadi menjeling ke arah segulung kertas putih di atas meja. Perlahan2 beliau mencapainya lalu dibaca untuk kali yang ke berapa, beliau sendiri pon x ingat.

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar nukilan dan peringatan untuk diriku yang hina... dan juga sahabat2

Merasakan diri sudah cukup beribadah adalah satu petanda yang kurang baik bagi hati .Kadang-kadang, perasaan tersebut semakin parah apabila merasakan diri sudah cukup hebat dan mantap dlm melakukan ibadah seharian.

Jika diri ini terasa bangga dengan khusyuk dan banyaknya solat2 yang dilakukan, ribuan zikir2 yang berjaya diselesaikan, puasa2 sunat yang x pernah ditinggalkan, sedekah2 yang sering kali dihulurkan, namun begitu, cuba kita renung dan fikir2kan;

Siapa sebenarnya yang mengizinkan kita melakukan ibadah2 ini?

Ketahuilah rakan-rakanku, bahawasanya Allah S.W.T lah yang selayaknya kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana DIA lah yang telah menganugerahkan kita kesempatan dan kekuatan untuk melakukan amalan2 dan ibadah2 tersebut. Masakan kita mampu melakukan semua ini tanpa hidayah dan kurniaan daripadaNya untuk menggerakkan hati dan anggota badan kita dalam usaha untuk mencari keredhaanNya. Alhamdulillah.

Bukan bangga dengan amalan2 persoalannya... tapi timbulkanlah persoaalan dalam hati kita...
Apakah kita sudah benar2 bersyukurkah pada Allah???
Sudah cukupkah amalan2 kita pdNYA?
Kalau betul2 cukup, dijaminkah ibadah2 kita tu diterima???

"Sapa sebenaqnya yang bagi kat aku kertas ni ha????? Konpius aku," getus hati kecik Ikhwan Ahmadi. Mesejnya amat tepat & mendalam. "Hmmm...". Selang dua tiga saat, Ikhwan Ahmadi terus terlena...^^,

Saturday, November 6, 2010

C.U.C.I

"Assalamualaikum,nak." sapa satu suara agak lesu dari belakang.

"Err..Waalaikumussalam warahmatullah. ya makcik.. Ada papa yg saya bleh tolong??"jawab pemuda berbaju hitam itu. Kaget beliau. igatkan sapa tadi. Rupanya makcik dari Daya Bersih yang bagi salam.

"Mak cik nk kemas sket kat sini. Teruk sangat dah makcik tengok. Bersawang sana -sini. Habuk pon tebal macam kamus dewan edisi ke-13. Ada gaya tongkang pecah pon ada. Bukan pa... Makcik bukan buleh tengok benda2 lagu ni. Hidong ni sensitif sangat. Lagipun mmg tugas makcik pon.."terang makcik tu panjang lebar. Tajam dan tepat ke hidung pemuda tersebut.

"Ya Allah...mintak maap la mak cik neh? saya kalut sket. banyak jugok benda nk kena setel. tak menang tangan saya nak kampoi(urus).."tersengih-sengih pemuda tu memberi alasan. lagak machoo dan comel la katakan.

Makcik tu mencapai penyapu keramatnya. bulu ayam sudah tersedia di tangan. lalu makcik tu berkata,

"Rasa makcik la, Nabi lagi sibuk dari kita. Perang sana sini. Dakwah sana. Dakwah sini. Ada famili. 11 isteri lagi. Tadbir negeri. Tapi Nabi la manusia yang paling bersih & paling elok atas muka bumi ni. kan? kita ni apolah sangat.... Ustaz kat masjid kampong mak cik laa kata lagu tu. makcik quote & sampaikan je.."

Terdiam seribu bahasa pemuda tu.

"Mantap gila makcik nih..!! Subhanallah!!"diam hatinya berbisik. Pemuda tu trus bangun, membantu makcik tu lap and sapu apa yang patot2.

Di satu sudut, Si makcik Daya Bersih tersenyum lebar melihat telatah anak muda tu.

"Err...terasa ke???,"soal makcik tu dalam hati.^^,

Wednesday, May 5, 2010

adeh..adeh..



Assalamualaikum.. uiks???Adeh..adeh...awat nih?? he3...haa..minggu ni mcm minggu merawat hati plak..mmglah sepatutnya kena la always...wowowo..p masjid pak imam tazkirah pasai hati, p bilik pasai hati, bukak TV ustaz ckp masalh hati, penawar hati, bukak laptop pasang lagu tombo hati...wahhh....Allahuakbar...astaghfirullah.. maka aku boh hadis yg mmg feymes kt sebelah sebagai peringatan pd telinga yg paling hampir, hati yg paling hampir..HATI AKU!! tidak ada yg aku rasa penyakit yg lebih berbahaya dr penyakit hati . PASAI PA?? sakit hati kita x nmpk mslhnya. silap hr bulan allah masukkan kita dlm golongan yg diberikan hati x mampu nk melihat dengan mata hati yg sebenar.. uiissshhh...sakit gak rr.. orait??? JOM HEART-WASH!!

mksud hadis:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan
sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.